Thursday, February 2, 2017

Secangkir Tinta

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat teman-teman pembaca, pada hari aku mencoret cebisan tinta ini kita sudah pada tanggal 3 Februari 2017 bersamaan 6 jamadil Awal 1438 hijri. Alhamdulillah bersyukur atas nikmat yang diberikan, nikmat roh dan nafas, nikmat rezeki dan segala nikmat yg dipinjamkan kepadaku di atas muka bumi ini.

Sedikit coretan yang inginku kongsikan bersama mengenai perjalanan kehidupanku sebagai insan yg serba kerdil dan berdosa, setiap hari demi hari ku melangkah sebagai seorang manusia.

Betul kata org, perjalanan hidup mematang dan mendewasakan kita, setiap hari kita mengorak langkah demi langkah pasti bakal ada sesuatu yg baharu yg kita tidak pernah merasai dan kecapi akan muncul dan datang kepada kita, dan seharusnya sebagai manusia kita harus bersedia atas segala benda yg menyusur.

Sebagai manusia kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan tetapi kita perlu ingat pada waktu yang sama kesilapan dan kesalahan yg dilakukan merupakan pengajar dan pendidik yg paling bermakna dlm kehidupan seharian kita.

Sememangnya sebagai manusia aku tidak kuat utk melalui kehidupan harian yg penuh cabaran dan dugaan yg hebat menimpa, pelbagai mcm cara ianya datang dan hari demi hari aku semakin belajar akan sifat-sifat manusia yg punya cara dan tata yg berbeza-beza. Pelbagai macam ragam dan kerenah yg seharusnya aku iya dan hadapkan sehingga pada satu ketika aku tidak mampu memberikan yang terbaik dan ada juga ralatnya aku rasakan jauh dari sudut hati.

Sepertinya aku ambil segala benda yg datang secara positif dan hadam satu persatu. Sememangnya keluar dari 'comfort zone' adalah perkara yg diluar jangkaan bagiku dan jujur aku bilang aku bukan manusia yg ingin mengejar bulan dan bintang. Aku hanya seorang yang kerdil yang ingin belajar satu persatu perkara yang baharu dan setakat ini segala yg datang kepadu, aku hadamkan secara positif dan selalu redha dan bersyukur atas kurniaan perjalanan hidup yang diberikan

Banyak gelak tawa, manis rasa dan masam mencuka sudah aku lalui dan aku harus bersedia dengan pelbagai lagi pengalaman yg lebih besar dan maha dasyat selepas ini, aku harus berusaha untuk memberikan yang terbaik, mengerahkan titik peluh atas usaha aku sendiri, belajar sesuatu yg baru dan sukar hari demi hari bahkan dalam pada masa yang sama aku juga ingin mencari ilmu duniawi dan ukhrawi.

Sememangnya aku berdoa agar Allah sentiasa memberikan jalan kepadaku supaya aku berada diatas landasan yg betul dan lurus sebagai hamba. Seterusnya aku sebagai hamba dan manusia tidak riak dan sombong atas kurniaan nikmat yg diberikan dan sentiasa positif dalam segala sesuatu.

Doakan aku berjaya mengharungi cabaran yang bakal mendatang dan kutanamkan dalam jati diri ini segala yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku pasti akan ada hikmah disebaliknya. Kita hanya perlu percaya dengan apa yg sudah tertulis dan sentiasa mengharungi dengan tenang dan sabar. Doakan aku berjaya wahai kalian!!

Terima kasih. ⚘




1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    ReplyDelete